Dey,bout me.

My photo
Bintang anAries,masih makan minum bersama ibu bapa,masih mahu belajar. Ampang,Selangor.

Friday

Kisah Iblis Menghadap Nabi Muhammad

Pagi ini aku bangun,tidak lambat. 10.30 AM. Aku kemas katil adik aku & aku,suddenly aku nampak buku Kisah Iblis Menghadap Nabi Muhammad (S.A.W).. Memula mcm err? Blur jab,bila dah bukak bace sikit haa amek kau 5 page hbs. Okey,aku nk share sikit dalam blog aku,siapa berminat boleh baca :)
  
"Allah telah memerintahkan seorang malaikat supaya pergi kepada Raja Iblis syaitan alaihi laknat menyuruhkan dia menghadap hadrat Nabi Muhammad s.a.w mengkhabarkan segala jenis rahsia yang disukainya  dan sekalian yang dibencinya . Ada pun hikmat yang demikian ini ialah kerana membesarkan ketinggian nya darjat Nabi Muhammad s.a.w dan juga supaya menjadi suatu perisai dan peringatan di atas sekalian kita umat Muhammad s.a.w . 

Maka malaikat itu pun datang lah ke hadapan Iblis laknat katanya ; ""Hai Iblis! Bahawa Tuhan Yang Maha Mulia lagi Maha Besar menyuruhkan engkau menghadap hadrat Rasulullah s.a.w hendaklah engkau bukakan segala rahsiamu dan apa-apa yang disoal oleh Nabi Muhammad s.a.w itu hendakalah engkau jawab dengan sebenarnya. Jika engkau berdusta walau satu perkataan sekali pun nescaya diputuskan segala suku-suku daripada enggotamu dan segala uratmu serta disiksakan engkau dengan azab yang amat keras""

Syahadan demi Iblis mendengar perkataan Malaikat itu sangat dahsyat rasanya dan amat ketakutan nya maka segera lah ianya menghadap hadrat  Nabi Muhammad s.a.w dengan menyerupai dirinya seperti seorang tua yang buat sebelah matanya buta dan berjanggut putihnya bnyaknya 10 helai dan panjangnya seperti ekor lembu serta ianya memberi Salam dengan takzimnya hingga 3 kali namun Nabi Muhammad s.a.w tidak membalas salamnya. 

Maka sembah Iblis ; ""Ya Rasulullah! Mengapakah Tuanhamba tidak menjawab salam hamba? Kerana bukankah salam itu amat mulia di sisi Tuhan?"" Maka jawab Nabi dengan marahnya ; ""Hai 'aduwullah seteru Tuhan! Kepada akukah engkau menunjuk kan makarmu! Berpatutlah muka akukah engkau dengan halmu itu engkau hendak menipu akan daku sebagaimana yang telah engkau tipu Nabi Adam a.s keluar dari syurga dan Habil mati teraniaya dibunuh oleh Qabil dengan sebab hasutan engkau dan Nabi Allah Ayus a.s engkau tiupkan dengan asap racun pada masa beliau sedang bersujud di dlam sembahyang nya hingga beberapa lamanya ia menanggung sengasara oleh perbuatan engkau! Dan kisah nabi Nabi Daud dengan perempuan pahlawan Urya dan Nabi Sulaiman meninggal kan kerajaannya kerana engkau menyerupakan dirimu seperti isterinya lalu engkau larikan cincinya demikian beberapa Anbiya dan pendita pendita yang telah menanggung sengasara dan aniaya oleh perbuatan mu yang khianat! Hai Iblis! Sebenarnya salam itu sangat mulia pada Tuhan azza wajalla,hanya salam engkau itu sahaja aku tiada hendak menjawabnya kerana telah diharamkan oleh Tuhan dan engkau ini kene laknat serta ditentukannya engkau dalam nuraka yang sangat keras bagi menyikasakan dirimu. Maka aku kenal baik baik bahawa engkau lah iblis Raja segla syaitan yang menyamarkan diri!"


Soal Nabi yang pertama ; "Hai iblis ! Siapakah yang besarbesar seteru engkau dan betaapa aku ini kepada engkau? "

Maka sembah raja iblis ; "Ya Nabi Allah! Tuanhambalah musuh hamba yang terlebih besar daripada segala seteru hamba yang ada di atas muka bumi ini" Maka Nabi Muhammad pun memandang muka Iblis itu,maka Iblis pun menggeletar seluruh tubuhnya kerana ketakutan. Katanya ; "Ya Khatamil Anbiya! Akan hal hamba ini dapat menjadi kan diri hamba sebarang rupa manusia,binatang dan lain lain hingga suara pun sedikit tiada silapnya ,dikecualikan sifat Tuanhamba sahaja yang tidak dapat hamba serupakan,kerana ditegahkan Tuhan, Sekiranya hamba menjadikan diri hamba seperti Tuanhamba ,nescaya terbakarlah hamba menjadi abu. Ya Nabi Allah kerana apa hamba cabutkan iktikad anak Adam supaya mereka itu menjadi kafir ialah dengan sbb tuanhamba bersungguh-sungguh memberinasihat memasukan beberapa pengajaran kepada sekalian manusia supaya kuat mereka berpeluk kepada agama Islam. Begitulah hamba bersungguh-sungguh menarik mereka itu kepada Kafir dan murtad dan munafiq! Hamba tarik sekalian umat Islam supaya meninggalkan jalan yang salah dan hamba harap supaya mereka itu masuk ke dalam neraka bersama-sama dengan hamba kekal di dalamnya selama-lamanya."

Oleh itu,sampai disini sahaja aku kongsi sebab act banyak lagi pasal tarik kan kite ke alam percintaan hingga ke maksiat yeah kalau baca sangat menarik. Artikel ini di ambil dari buku lama agaknya,banyak cerita yang menarik tentang zaman Nabi Muhammad. Salam,

No comments:

Post a Comment