Dey,bout me.

My photo
Bintang anAries,masih makan minum bersama ibu bapa,masih mahu belajar. Ampang,Selangor.

Saturday

Tidak Mengapa

"Kau lah hero segala heroin KL ni,aku paham malah aku mengerti. Tidak mengapa,perasaan ini telah mengajar aku erti seseorang itu,sifat sikap dan cara kehidupan seharian nya bersama orang sekelilingnya. Tidak mengapa tidak mengapa. Itu lah perkataan yang ter-istimewah dr lubuk hati aku dan yang rajin mengingatkan dengan makna Sabar. Tidak mengapa. Tidak mengapa.

 Kawan ialah semangat jiwa dan raga,pabila aku jatuh mereka akan datang menolong manakala musuh akan tertawa dengan riang dan riak berkata kata serta melemparkan kata kata kesat. Tidak mengapa. tidak mengapa. Kerana dengan setiap patah perkataan yg engkau keluarkan akan membakarkn lagi jiwa ini dengan terus berusaha untuk bangkit lebih tinggi.

 Ibu,sentiasa di sisi. Selalu mengingatkan setiap rutin harian yg sepatutnya aku lakukan,tk pernah luak untk memerahkan lagi otak bg menjalani aktiviti seharian aku sebagai Kakak kpd 3 adik.

Bapak,tidak serapat dahulu. Beliau berkerja keras bagi membawa hasil untuk sara kami sekluarga. Tidak selalu berada di rumah. 

Abg,masih belajar. Pandu Satria lama ibu,ke Kolej. Bertemankn warga Chinese,dan berbilang kaum. Fasih menggunakan bahasa Inggeris tidak seperti aku yang biasa malah kadang kala meminta tolong ajar. 


Jerawat,sentiasa di muka. Tidak mengapa. Hormon yang aktif. Namun bukan masalah yang besar memiliki jerawat. Perkara normal. 

Yang patut ditekan kan adalah attitude seseorang itu terhadap orang lain,seharusnya memikirkan perasaan orang lain. 

Mata,memainkan peranan yang amat penting setiap detik perasaan yang mendatang,marah sedih kecewa  & yg lain cukup dpt digambarkan di setiap mata seseorang itu. Tidak mengapa. Sesetengah manusia di dalam dunia ini tidak pernah memikirkan perasaan seseorang itu,cuma disebabkan tahap kedudukan yang tidak setanding sepertinya. Nahh,tidak mengapa.

Kerana matinya kita di dunia tetap di tanah yang sama,satu Tuhan tidak sehala arah tujunya. Dosa  yang dipikul akan dikira,pahala yang dibina akan diterima. Munkar dan Nankir datang menjelma,bertanya kan soalan atas perkara yang kita lakukan.

Di dunia kita megah,sombong. Mengayakan pelbagai jenis pakaian,gaya. Dengan siapa kita bersama. Mengutuk,bergadoh serta hasrat dengki yang ada di dalam jiwa setiap manusia. Aku tidak lah sempurna. Ya Allah,ampunilah dosa dosa hamba mu ini Ya Allah..Amin Amin."


^Maaf sekiranya terdapat salah ejaan,Belum cukup mendalam.^

No comments:

Post a Comment